Allah berfirman:
"Dan orang-orang
yang berjihad utk mencari keredhaan, kami
akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
Kami. Dan sesungguhnya Allah
beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Surah Al-Ankabut 29:69)
Ya Allah, kami hembuskan nafas perjuangan ini,
Untuk terus mengenaliMu Tuhan,
Dalam perjuangan ini kami mengenali alam,
Yang ditadbirkan olehMu,
Galaksi iman yang berselarak dalam hati kami,
Yang kadang-kala ingat dan lupa kepadaMu,
Disatukan dengan suluhan-suluhan bintang bercahaya,
Bintang itu ialah kerlipan kata-kata sahabat,
Yang sentiasa menasihati kami erti istiqamah dalam perjuangan,
Bintang yang menegur tentang khilaf dan lalai kami,
Bintang yang menegur andai kami hanyut ke planet maksiat,
Bintang yang bersilih ganti menjadi pula bulan,
Untuk menyuluh kami tika hati kami gelap gelita melupaiMu,
Bulan ini yang memegang hati sahabat untuk diingatkan tentang aqidah,
Yang menuntut perjuangan di sini,
Jadikanlah Ya Allah bintang-bintang ini kerlipan yang indah di mana sahaja,
Langit yang kami jejaki,
Agar sahabat ini tetap dapat melihat bintang ini,
Hanya mendogakkan kepala ke langit dan senyum kepada bintang,
Sebagai tanda mencintai sahabat dalam aqidah perjuangan.
Hati sahabat yang hidup adalah sahabat yang hatinya juga hidup dengan nafsu taqwa kepada Allah swt. Teringat penulis perkongsian pengalaman seorang daie muda di bumi Perak yang menyatakan kepada murobbi-murobbi kecil dalam satu persidangan...
"Semasa ana dihantar oleh jemaah untuk melakukan ziarah kepada pimpinan-pimpinan Ikhwanul Muslimin, ana berjumpa dengan seorang bekas pimpinan jemaah ini yang bersembunyi dalam lokaliti bilik yang kecil, cukup memuatkan ana, dia dan tiga orang sahabat lagi hingga berhimpit-himpit...kamu hendak tahu soalan pertama yang ditanya ialah tentang apa?"
" Apa khabar Taqwamu pada hari ini?"
Hati langit sentiasa terbuka untuk kita memahami makna burung-burung yang berzikir mengingati Allah swt dalam bahasanya sambil terbangkan sayapnya untuk ekspidisi dakwah kepada rombongan burung yang lain, inikan pula kita makhluk Allah swt yang paling di cintai Allah swt sebagai ummat yang bergelar ummat "Amar makruf nahi mungkar". Alhamdulillah, dalam kesibukan penulis mengendalikan urusan hidup pada hari ini, hati ini diberikan kekuatan untuk menghidupkan laman sesawang yang baharu sahaja lahir selama tiga hari ini.
Diskusi ilmu kita pada hari ini adalah berkisahkan tentang sahabat dunia dan akhirat. Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita yang akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umum kita melihat orang baik akan bersahabat dengan orang baik dan begitu juga sebaliknya. Rasulullah saw bersabda : "Perumpamaan dua orang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lain." (Riwayat al-Dailami)
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembuskan bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak. (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadi seseorang itu sebagai kawan, teman atapun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Sifat sahabat yang mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Seorang yang disenang, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara penuh kelembutan dan kesopanan.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat
baik semasa sahabat ada ataupun tidak. Tidak menceritakan keabaian orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang kita, dia akan menjaga aib tersebut. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan. Menjadi penghibur di waktu sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
5. Mudah mengalah.
Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan dunia akhirat.
Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia menerima nasihat dan menasihati.
Sahabat yang perlu dijauhi
1. Suka berbantah-bantah
Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain. Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha Allah swt.
Sumber : ulfah~Hj Zainuddin Ali~Solusi isu # 35- Hal.24
No comments:
Post a Comment