Bismillahirohmanirrohim...
Assalamualaikum WBT.
Dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
Pembikinan gambar pertama untuk laman sesawang ini.
Memetik akhlak dan pemikiran seorang daie (Mantan Presiden Gamis) yang merasmikan sebuah majlis perayaan umat Islam di dalam sebuah lokaliti Malaysia. Beliau telah melakukan penanda aras perasmian majlis tersebut dengan bacaan Al-Fatihah. Alhamdulillah, dengan izin dan inayah daripada Allah swt kita dapat berusrah maya berulamankan niat yang jelas dan matlamat yang jitu iaitu semata-mata untuk mencapai mardotillah (keredhaan) Allah SWT di dunia dan akhirat. Jika Islam adalah agama yang sempurna, maka buktinya perlu dilakukan dengan menzahirkan ketaatan kepada Allah swt.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 3 :
Pada hari ini aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan agamamu untukmu, dan aku redha Islam sebagai agamamu.
Coretan admin buat pertama kali ini adalah untuk dipersembahkan kepada sahabat pembaca sekalian. Tanggal 19 September 2011 (Isnin) telah ditetapkan oleh Allah swt kepada admin untuk membina laman sesawang ini yang akan mengumpulkan seberapa ramai anak-anak muslim yang berada di dunia ini. Pembinaan laman ini adalah berniatkan kerana hijrah Nabi SAW. Sepertimana sabda Nabi SAW :
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadith di atas menghuraikan tentang pentingnya seseorang itu untuk memulakan sesuatu perbuatan dengan niat yang ditetapkan dalam hatinya. Semoga rahsia niat yang tertanam dalam lubuk hati admin ini akan menambahkan keserian wajah admin apabila untuk bertemu dengan pencipta yang dicintai Allah SWT.
Tujuan pembikinan laman sesawang.
Di kesempatan ini, admin terlebih dahulu ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada semua pengunjung laman sesawang ini. Adalah diharapkan agar setiap perkara dan perbuatan yang kita lakukan sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah SWT. Rasional blog ini diwujudkan adalah untuk memperkembangkan sayap dakwah dalam laman sesawang ini yang juga merupakan salah satu pendekatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi. Perkongsian pintar juga merupakan antara matlamat utama admin untuk bersama-sama dengan cendiakawan-cendiakawan ilmuan sekalian.
Terimalah salam ukhwah daripada admin dengan penuh kerendahan hati dan rasa kasih sayang yang menebal dalam hati admin sebagai saudara seIslam dan sebagai amalan kita untuk melebarluaskan sayap dakwah ini ke setiap pelosok dunia yang mana perbuatan penulisan ini juga merupakan sedekah dalam amalan kita.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda:
Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah. (Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim: 1677)
Kita adalah mata rantai perjuangan, kita lakukan amalan da’wah dgn m’bawa wahyu Allah, meskipun jasad Rasulullah saw tiada tetapi kitalah generasi sahabat2 yg bersatu utk menyambung perjuangan menetang golongan murtad sptmana Abu Bakar, kitalah pemberani dlm pentas pidato menentang kezaliman kerajaan spt mana Umar Al Khattab, kitalah yg akan memegang tampuk kepimpinan kerajaan Islam di Malaysia.
Syair-syair para pemburu ilmu mendayu mendendangkan sungai-sungai kata di lautan indah…
Ku pancarkan karya indah di ufukNya.
Ku segerakan langkahku menuju negeriNya.
Indahnya pemandangan dan suasana malam
Gembira, takkan pernah menggoyahkan tekadku.
Ku tinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat,
Tapi, ku yakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.
Ku seru nama Allah Yang Maha Mulia.
Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilanNya.
Merindui kalam indah selawat kepadaNya.
No comments:
Post a Comment