Photobucket

Wednesday, 21 September 2011

::.. Sahabat Dunia Akhirat ..::


                                                 

Allah berfirman:

"Dan orang-orang 

yang berjihad utk mencari keredhaan, kami


 akan  tunjukkan kepada mereka jalan-jalan


  Kami.  Dan sesungguhnya Allah 

beserta orang-orang yang berbuat baik.


                                           (Surah Al-Ankabut 29:69)                                                  








Ya Allah, kami hembuskan nafas perjuangan ini,


Untuk terus mengenaliMu Tuhan,


Dalam perjuangan ini kami mengenali alam,


Yang ditadbirkan olehMu,


Galaksi iman yang berselarak dalam hati kami,


Yang kadang-kala ingat dan lupa kepadaMu,


Disatukan dengan suluhan-suluhan bintang bercahaya,


Bintang itu ialah kerlipan kata-kata sahabat,


Yang sentiasa menasihati kami erti istiqamah dalam perjuangan,


Bintang yang menegur tentang khilaf dan lalai kami,


Bintang yang menegur andai kami hanyut ke planet maksiat,


Bintang yang bersilih ganti menjadi pula bulan,


Untuk menyuluh kami tika hati kami gelap gelita melupaiMu,


Bulan ini yang memegang hati sahabat untuk diingatkan tentang aqidah,


Yang menuntut perjuangan di sini,


Jadikanlah Ya Allah bintang-bintang ini kerlipan yang indah di mana sahaja,


Langit yang kami jejaki,


Agar sahabat ini tetap dapat melihat bintang ini,


Hanya mendogakkan kepala ke langit dan senyum kepada bintang,


Sebagai tanda mencintai sahabat dalam aqidah perjuangan.






Hati sahabat yang hidup adalah sahabat yang hatinya juga hidup dengan nafsu taqwa kepada Allah swt. Teringat penulis perkongsian pengalaman seorang daie muda di bumi Perak yang menyatakan kepada murobbi-murobbi kecil dalam satu persidangan...
"Semasa ana dihantar oleh jemaah untuk melakukan ziarah kepada pimpinan-pimpinan Ikhwanul Muslimin, ana berjumpa dengan seorang bekas pimpinan jemaah ini yang bersembunyi dalam lokaliti bilik yang kecil, cukup memuatkan ana, dia dan tiga orang sahabat lagi hingga berhimpit-himpit...kamu hendak tahu soalan pertama yang ditanya ialah tentang apa?"

" Apa khabar Taqwamu pada hari ini?"


Hati langit sentiasa terbuka untuk kita memahami makna burung-burung yang berzikir mengingati Allah swt dalam bahasanya sambil terbangkan sayapnya untuk ekspidisi dakwah kepada rombongan burung yang lain, inikan pula kita makhluk Allah swt yang paling di cintai Allah swt sebagai ummat yang bergelar ummat "Amar makruf nahi mungkar". Alhamdulillah, dalam kesibukan penulis mengendalikan urusan hidup pada hari ini, hati ini diberikan kekuatan untuk menghidupkan laman sesawang yang baharu sahaja lahir selama tiga hari ini.

Diskusi ilmu kita pada hari ini adalah berkisahkan tentang sahabat dunia dan akhirat. Memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita yang akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita.

Secara umum kita melihat orang baik akan bersahabat dengan orang baik dan begitu juga sebaliknya. Rasulullah saw bersabda : "Perumpamaan dua orang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lain." (Riwayat al-Dailami)

Rasulullah saw bersabda, maksudnya : 
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembuskan bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak. (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadi seseorang itu sebagai kawan, teman atapun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji  untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Sifat sahabat yang mulia

1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Seorang yang disenang, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara penuh kelembutan dan kesopanan.

2. Menutup keburukan  dan kekurangan sahabat
baik semasa sahabat ada ataupun tidak. Tidak menceritakan keabaian orang lain kepada  sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang kita, dia akan menjaga aib tersebut. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat." (Riwayat Ibnu Majah)

3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan. Menjadi penghibur di waktu sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya. 

4. Menyebut kebaikan.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.

5. Mudah mengalah.
Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.

6. Mendorong kita mencapai kejayaan dunia akhirat. 
Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia menerima nasihat dan menasihati.

Sahabat yang perlu dijauhi

1. Suka berbantah-bantah
Jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain. Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha Allah swt.




Sumber : ulfah~Hj Zainuddin Ali~Solusi isu # 35- Hal.24



Monday, 19 September 2011

..:: Senyuman Ukhwah seorang daie ::..

Bismillahirohmanirrohim...
Assalamualaikum WBT.
Dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


Pembikinan gambar pertama untuk laman sesawang ini. 


Memetik akhlak dan pemikiran seorang daie (Mantan Presiden Gamis) yang merasmikan sebuah majlis perayaan umat Islam di dalam sebuah lokaliti Malaysia. Beliau telah melakukan penanda aras perasmian majlis tersebut dengan bacaan Al-Fatihah. Alhamdulillah, dengan izin dan inayah daripada Allah swt kita dapat berusrah maya berulamankan niat yang jelas dan matlamat yang jitu iaitu semata-mata untuk mencapai mardotillah (keredhaan) Allah SWT di dunia dan akhirat. Jika Islam adalah agama yang sempurna, maka buktinya perlu dilakukan dengan menzahirkan ketaatan kepada Allah swt.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 3 :
Pada hari ini aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan agamamu untukmu, dan aku redha Islam sebagai agamamu.

Coretan admin buat pertama kali ini adalah untuk dipersembahkan kepada sahabat pembaca sekalian. Tanggal 19 September 2011 (Isnin) telah ditetapkan oleh Allah swt kepada admin untuk membina laman sesawang ini yang akan mengumpulkan seberapa ramai anak-anak muslim yang berada di dunia ini. Pembinaan laman ini adalah berniatkan kerana hijrah Nabi SAW. Sepertimana sabda Nabi SAW :
 Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadith di atas menghuraikan tentang pentingnya seseorang itu untuk memulakan sesuatu perbuatan dengan niat yang ditetapkan dalam hatinya. Semoga rahsia niat yang tertanam dalam lubuk hati admin ini akan menambahkan keserian wajah admin apabila untuk bertemu dengan pencipta yang dicintai Allah SWT.


Tujuan pembikinan laman sesawang.
Di kesempatan ini, admin terlebih dahulu ingin mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada semua pengunjung laman sesawang ini. Adalah diharapkan agar setiap perkara dan perbuatan yang kita lakukan sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah SWT. Rasional blog ini diwujudkan adalah untuk memperkembangkan sayap dakwah dalam laman sesawang ini yang juga merupakan salah satu pendekatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi. Perkongsian pintar juga merupakan antara matlamat utama admin untuk bersama-sama dengan cendiakawan-cendiakawan ilmuan sekalian.

Terimalah salam ukhwah daripada admin dengan penuh kerendahan hati dan rasa kasih sayang yang menebal dalam hati admin sebagai saudara seIslam dan sebagai amalan kita untuk melebarluaskan sayap dakwah ini ke setiap pelosok dunia yang mana perbuatan penulisan ini juga merupakan sedekah dalam amalan kita. 


Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda:

Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 
Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah. (Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim: 1677)

Kita adalah mata rantai perjuangan, kita lakukan amalan da’wah dgn m’bawa wahyu Allah, meskipun jasad Rasulullah saw tiada tetapi kitalah generasi sahabat2 yg bersatu utk menyambung perjuangan menetang golongan murtad sptmana Abu Bakar, kitalah pemberani dlm pentas pidato menentang kezaliman kerajaan spt mana Umar Al Khattab, kitalah yg akan memegang tampuk kepimpinan kerajaan Islam di Malaysia. 




Syair-syair para pemburu ilmu mendayu mendendangkan sungai-sungai kata di lautan indah…

Ku pancarkan karya indah di ufukNya.
Ku segerakan langkahku menuju negeriNya.
Indahnya pemandangan dan suasana malam
Gembira, takkan pernah menggoyahkan tekadku.
Ku tinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat,
Tapi, ku yakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.
Ku seru nama Allah Yang Maha Mulia.
Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilanNya.

Merindui kalam indah selawat kepadaNya.